Wednesday 31 December 2014

Aktifkan dirimu

Salam..


Tajuk xle blah. 

Sangat lma x update belog. Sangattt. Taun lepas, bln brpe ntah last hupdate.. klo rumah tu, ditinggalkan lma cm ak tggl belog ni tnpa brtuan agaknya dh mcm2 penghuni msuk dlm tuh..ngee

Ni trgerak ht nk update pon brsebab. eh??? haha ntah.. 

Dh bnyk post yg lme telah didelete. nk renew blik.. kunuunn!!

Alang2 nk msuk taon bru, kta renew lah apa yg ptot. 2015 i'm coming!!!!



dengan azam & semangat baru. harapan setinggi gunung Kinabalu. yeahh!

kbai, hingga ketemu lg ;)

Wednesday 24 July 2013

Teknik Penyusuan Bayi Yang Betul

Assalamualaikum w.b.t

Bismillah..


Cara memegang bayi semasa menyusu:

  • Pastikan anak selesa
  • Pegang bayi rapat menghadap anda dan payudara
  • Perut anak bersentuhan dengan perut anda
  • Kepala, leher dan belakang bayi lurus dan di ampu
  • Mulut anak berada di bawah puting bila anak bersedia menyusu
  • Jangan membongkok semasa menyusu kerana boleh menyebabkan sakit belakang


Cara yang betul melekapkan bayi di payudara semasa penyusuan:


  • sentuh bibir bayi, tunggu mulut terbuka luas
  • gerakkan bayi ke arah payudara
  • Pastikan bayi mengambil lebih kawasan gelap payudara
  • Pastikan bayi melekap dengan betul dan ampu sedikit payudara anda

Cara pelekapan yang betul:

  • Mulut buka luas
  • Merangkumi sebahagian besar kawasan areola
  • Dagu mencecah payudara
  • Bibir melengkup keluar
  • Pipi gelembung
  • Payudara nampak penuh dan bulat
  • Nada hisapan: hisap-telan-hisap-telan

Kekerapan penyusuan:

  • Susukan bayi anda dengan kerap mengikut kemahuannya ‘on demand’
  • Sentiasa bersama bayi (rooming – in) supaya boleh menyusukannya dengan kerap
  • Perah susu ibu sekiranya berlaku perpisahan sementara
  • 2 – 7 hari pertama – susukan lebih kerap. Bayi kecil yang tidur lebih dari 2 – 3 jam harus digerakkan untuk disusukan
  • Bayi yang sudah biasa (lebih besar) – 8 – 12 penyusuan/24jam


Tanda bayi mendapat cukup susu:

  • Bayi berhenti menghisap sendiri
  • Penyusuan kerap (8 – 12 kali dalam masa 24 jam)
  • Dengar bayi menelan
  • Buang air kecil lebih dari 6 kali dalam masa 24 jam
  • Kerap membuang air besar adalah normal ( 4 – 8 kali dalam masa 24 jam)
  • Bayi puas, ceria, otot dan kulit bayi juga sihat
  • Payudara penuh sebelum menyusu dan ‘lembut’ selepas menyusu

Tuesday 16 July 2013

Petua Hilangkan Parut Dengan Mudah

Assalamualaikum w.b.t

Bismillah... 

 

Entry hari ni jun nak cite simple-simple je.. tengah kodek-kodek fb tadi ade terjumpa satu petua ni. Simple & mudah nak apply. Petua nak hilangkan PARUT.. PARUT???? sape nak kan?? kuikui. Jom tengok ape petuanya.

Cara untuk hilangkan parut ni banyak sebenarnya.. tapi cara menghilangkan parut yang jun ingin kongsikan ni just menggunakan daun pokok lidah buaya. Jangan cakap tak kenal pulak pokok lidah buaya.. ala ni haa pokoknya..





LENDIR daun lidah buaya bukan sahaja boleh menyejukkan kulit, tetapi berkhasiat menghilangkan parut luka atau kudis. 
Caranya, ambil sehelai daun lidah buaya, belah dua dan ambil lendirnya. Sapukan lendir itu pada bahagian tubuh yang berparut sebanyak dua kali sehari dan biarkan ia sehingga kering. Insya-Allah dalam tempoh dua minggu, anda dapat melihat kesannya.*cubalah!*
Kalau anda sangat malas nak mencari pokok lidah buaya ni, cara lagi mudah nak hilangkan parut adalah dengan menelan suplement a.k.a vitamin. Antara vitamin yang disyorkan adalah...

                  Ganti sel mati, sel baru membuatkan kulit gebu + licin



pudarkan parut

Tona kulit sekata


Monday 15 July 2013

Tips Sembuhkan Luka Bersalin

Assalamualaikum w.b.t

Bismillah..




Luka yang dialami oleh ibu-ibu yang baru bersalin memang membuatkan rasa tidak selesa. Tidak sabar rasanya hendak sembuh dan menjalani rutin harian seperti biasa.

Selain mengambil ubat-ubatan yang dibekalkan doktor, anda boleh juga mencuba petua tradisional yang dipercayai membantu menyembuhkan luka dengan cepat dan selamat diamalkan.


1. Rebus segenggam daun jambu batu muda sehingga mendidih. Apabila suam, gunakan air ini untuk mencuci di bahagian sulit. Lakukan dua atau tiga kali sehari hingga luka sembuh.





2. Ikan haruan dipotong dan dicuci bersih. Rebus bersama halia, beberapa biji lada hitam dan sedikit garam. Makan bersama nasi atau dibuat sup.






3. Rebus gamat dengan air yang banyak hingga mendidih. Sejukkan dan minum airnya atau sapukan di tempat yang luka.






4. Campurkan biji manjakani, halia, akar kayu dengan air. Rebus kesemua bahan tadi sehingga mendidih. Dalam keadaan masih panas (suam), minum air rebusan tersebut. Amalkan setiap hari.






5. Minum air rebusan daun pegaga setiap hari. Selain daripada direbus, daun pegaga juga boleh dibuat ulam. Makanlah bersama garam dan lada hitam yang ditumbuk halus.





SELAMAT BERAMAL YE !! ;)

salam sayang,,

 

Monday 8 July 2013

Berdengkur?? 10 Fakta Berdengkur dan Cara Atasinya

Assalamualaikum w.b.t

Bismillah...





Berdengkur???? adakah anda salah seorang daripadanya??


Jom kita dalami 10 fakta tentang berdengkur:


1. Satu dari lima penduduk dunia berdengkur. -Dianggarkan lebih dari satu milion orang di seluruh dunia berdengkur semasa tidur kerana pelbagai sebab.
2. Lelaki lebih banyak berdengkur. - Lebih banyak lelaki yang berdengkur dibandingkan wanita, perbandingannya adalah 80% laki-laki dan 20% perempuan.Alasannya berkait dengan distribusi kelebihan berat badan orang lelaki yang bertumpu di bahagian dada dan leher sehingga menyebabkan penyempitan saluran udara.Kelebihan berat badan pada wanita umumnya bertumpu di bahagian punggung. Lelaki juga mempunyai leher lebih besar daripada wanita. Ukur lilit leher 40 cm adalah lebih cenderung membuat orang berdengkur.
3. Radang amandel (tonsilitis) menyebabkan kanak-kanak berdengkur. - Salah satu ciri kanak-kanak yang terkena radang amandel (tonsilitis) adalah berdengkur semasa tidur.
4. Posisi tidur mempengaruhi seseorang berdengkur. - Tidur terlentang lebih cenderung untuk berdengkur dibandingkan tidur mengiring.
5. Kelebihan berat badan menyebabkan berdengkur. Kelebihan berat badan sangat biasa di kalangan orang yang berdengkur. Ini kerana lemak yang terbentuk di sekitar kerongkong akan menyempitkan saluran udara. Selain itu, lemak di perut dapat menyebabkan diafragma berfungsi secara tidak teratur.
6. Pil tidur dan obat penenang menambah resiko berdengkur. Ubat-Ubatan ini menyebabkan relaksasi otot dan meningkatkan peluang berdengkur.
7. Wanita berumur 50an yang berdengkur sama banyaknya dengan lelaki. Akibat proses penuaan, wanita kehilangan otot dan lemak di kawasan kerongkong. Lidah, pangkal kerongkong, dan jaringan lainnya yang berhampiran juga boleh sedikit menyusut.Perubahan ini akan mengurangkan ukuran saluran nafas dan meningkatkan risiko berdengkur. Hanya 5% perempuan yang berdengkur semasa berumur tiga puluhan, namun pada usia di atas 50 tahun jumlahnya boleh mencapai 40%.Pada usia ini, jumlah wanita yang berdengkur sama banyaknya dengan lelaki.
8. Berdengkur menandakan penyakit. - Bendengkur merupakan gejala obstructive sleep apnea (OSA), gangguan umum dan berpotensi serius di mana nafas berulang kali terhenti dan berlanjutan semasa tidur.Seseorang dengan sleep apnea sering bangun malam untuk bernafas, tetapi biasanya tidak mengingatinya.Sleep apnea seringkali tidak disedari tetapi sangat berbahaya bagi kesihatan kerana menyebabkan kurang tidur, kekurangan oksigen, depresi dan meningkatkan risiko serangan jantung dan stroke.
9. Bunyi dengkur dapat mencapai 90 desibel. - Sama dengan bunyi yang dihasilkan oleh sebuah lori truk yang laju di jalan raya.
10. Merokok menyebabkan berdengkur - Asap rokok dapat menginfeksi jaringan kerongkong yang menyebabkan bengkak. Ini menyebabkan penyempitan saluran udara dan membuat orang berdengkur




Jangan ambil remeh ye kawan-kawan sekalian. walaupun berdengkur ni nampak macam hal kecik dan remeh, tapi ia boleh membawa kepada hal yang besar seperti pergaduhan antara pasangan suami & isteri. Yela, tidur sekatil sebantal tapi salah seorang tak dapat nak tidur disebabkan pasangannya berdengkur kuat, kalah enjin turbo. Tunggu tak mengamuk. hehe. Sesiapa yang mengalaminya je yang akan faham :p So, jom kita cari jalan bagaimana cara nak atasi masalah berdengkur ni.


Cara Atasi Masalah Berdengkur:

 

Ubah Posisi Tidur

Bila lidah,langit-langit,tonsil atau otot dibelakang kerongkong saling bersentuhan akan menyebabkan kita berdengkur.Posisi terlentang ketika tidur menyumbang ke arah masalah ini,sebab bila kita terlentang lidah akan tertarik ke belakang dan akan menyempitkan aliran udara.Untuk elakkan masalah ini,cuba tidur mengiring. Mengiring ke kanan lebih afdal.

Turunkan berat Badan
Orang yg mempunyai berat badan berlebihan memiliki jaringan leher yang  tebal dan berkemungkinan
menyebabkan  risiko berdengkur. Jadi langkah terbaik cuba kurangkan berat badan anda,agar lemak yang terkumpul di bahagian kerongkong boleh dikurangkan.

Hindari Ubat Penenang/Sedatif
Apapun jenis penenang sama ada pil tidur dan apa sahaja produk ubatan yang bertujuan untuk menenangkan
akan menyebabkan berdengkur kerana ia boleh mengganggu sistem saraf, menyebabkan rehat keterlaluan kepada otot dan tisu dalam kerongkong.

Hidu Wap Air Panas Sebelum Tidur
Hidung tersumbat juga merupakan salah satu punca berdengkur,jadi sebelum tidur cuba hidu wap air panas atau pun letakkan tuala yg dah dicelup dgn air panas pd muka dan sedut wapnya.Ini adalah satu cara menghilangkan lendir yg menyumbat hidung kita. Bila lendir dah hilang, kemungkinan untuk berdengkur akan berkurang.

Habuk

Habuk atau alahan boleh jadi punca kita berdengkur kerana masalah sukar bernafas. Pastikan cadar dan sarung bantal bersih daripada habuk dan hama. Untuk yang berkemampuan pasang ‘air filter’ supaya kita mendapat bekalan udara yang bersih.